Ladang kami menghasilkan produk yang organik tanpa menggunakan sebarang bahan kimia serta menggunakan air telaga semula jadi.
Kami amat menitikberatkan tentang kesihatan dan kesejahteraan pelanggan selain dari memberikan pengalaman yang terbaik kepada mereka yang menggunakan produk Aryaf Taibah. Kami sentiasa akan bersikap tulus dalam memberikan produk yang bermutu setimpal dengan wang yang telah dikeluarkan oleh pelanggan yang dikasihi.
Setiap pokok kurma disirami dengan air semula jadi di Madinah, dan ia menjadikan ladang tersebut sebagai rizab yang subur.
Sistem pengairan yang terletak secara strategik kami disambungkan ke seluruh ladang supaya semua peladang dapat mengitar semula dan memelihara air yang dimiliki.
Kami memegang teguh kepada ketulusan serta merupakan keluarga yang menghargai alam sekitar dan komuniti kami.