“Aryaf Taibah” merupakan perkataan yang diambil daripada bahasa arab dimana “Aryaf” membawa maksud Kampung dan “Taibah” merupakan nama lain kepada Madinah yang membawa maksud Kebaikan.
Aryaf Taibah komited dalam memasarkan kurma yang bermutu tinggi kepada rakyat Malaysia yang lebih gemar akan kurma asli dari Madinah.
Produk dari ladang kami adalah organik tanpa penambahan baja kimia serta menggunakan air telaga semula jadi.
Kami percaya dengan keluaran bermutu tinggi yang diusahakan, pelanggan dapat merasakan perbezaan di antara kurma yang baik hasil keluaran kami berbanding kurma yang dijual di pasaran.