01.06.2021



1. Kami melakukan penghantaran di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei dalam masa 3-7 hari bekerja.


2. Kami akan menghantar produk pada alamat yang ditetapkan dalam pesanan anda dan masa penghantaran akan ditetapkan oleh kami mengikut masa pesanan dilakukan (berikutan dalam pengesahan pesanan)


3. Kami akan memberi notifikasi kepada anda jika berlaku sebarang kelewatan dalam penghantaran tetapi berikutan dengan undang undang, kami tidak akan bertanggung jawab ke atas kehilangan, kerosakan, bayaran tambahan atau caj yang disebabkan oleh kelewatan penghantaran tersebut.


4. Dalam proses penghantaran produk, anda mungkin perlu menandatangani proses penghantaran tersebut. Anda boleh menghubungi ARYAF TAIBAH RESOURCES sekiranya berlaku sebarang kerosakan dengan mampu memberikan dokumen penghantaran yang diminta oleh pihak kami.


5. Perlu diambil kira bahawa kami tidak dapat menghantar pesanan ke sesebuah kawasan dan kami akan memberitahu pelanggan menggunakan maklumat yang diberikan ketika membuat pesanan. Sekiranya proses penghantaran tidak dapat dilakukan, proses pembatalan pesanan akan dilakukan atau pelanggan boleh menukar alamat kepada alamat alternatif.


6. Semua risiko terhadap produk akan berpindah kepada anda setelah proses penghantaran berlaku kecuali sekiranya berlaku kelewatan disebabkan oleh pelanggaran kewajipan anda di bawah kontrak (sila lihat 1.8 dibawah). Apabila risiko berpindah kepada anda, kami tidak akan bertanggungjawab keatas kehilangan atau kerosakan yang berlaku keatas produk. Segala pelanggaran perjanjian yang berlaku akan memberi impak kepada pembelian anda di masa akan datang.


7. Sekiranya anda tidak mempunyai masa terluang untuk mengambil pesanan, kami akan meninggalkan kad yang memberikan arahan sama ada penghantaran semula akan dilakukan atau pengambilan secara terus di kurier.


8. Jika proses penghantaran berlaku kelewatan disebabkan oleh sebab yang tidak munasabah anda atau anda tidak menerima barang penghantaran (dalam masa seminggu penghantaran dilakukan), kami akan melakukan salah satu atau kedua- dua perkara berikut (tanpa mempengaruhi remedi kami):


i. Mengenakan caj atau bayaran kepada anda terhadap perkara yang ditanggung oleh kami atau

ii. Produk tersebut tidak akan menjadi produk tersedia untuk dihantar dan kami akan membatalkan kontrak yang telah dilakukan . Kami akan memulangkan semula wang anda atau kad kredit dan debit syarikat mengikut wang yang telah dibayar kepada kami dibawah kontrak setelah caj pentadbiran (termasuk percubaan penghantaran dan bayaran penyimpanan seperti yang tertera di 1.8(a) di atas) telah ditolak. Anda mengakui bahawa produk adalah mengikut piawaian dan tidak dibuat khas untuk memenuhi keperluan tertentu


9. Jika berlaku percanggahan harga jumlah saiz troli yang melayakkan penghantaran percuma, nilai pada laman sesawang akan diutamakan.